Pergi buat URBEX bawak apa je? Perlu ke? Cam maha je? Well, korang memang kena ambik berat pasal peralatn asas dalam ni.
Asas dalam memilih perlalatan penting untuk memastikan kemaslahatan dalam URBEX sebab itu merupakan persediaan penting dalam penerokaan.
Kita akan bincangkan tentang peralatan asas untuk penerokaan, keselamatan dan pencarian dalam URBEX hari ni.
KANDUNGAN
OVERVIEW
Peralatan asas URBEX biasanya terbahagi kepada tiga:
keselamatan, pencahayaan & navigasi dan dokumentasi. Fokus utama sentiasa
pada keselamatan dulu sebelum konten.
Kalau tujuan utama ialah fotografi atau konten, bawa yang
minimum tetapi cukup.
Kamera
(mirrorless/DSLR/compact) atau smartphone dengan bateri dan storan cukup.
Tripod kecil / gorillapod untuk low light shot di ruang gelap.
PENUTUP
Kesimpulannya, pemilihan peralatan asas URBEX ialah langkah perlindungan awal terhadap risiko fizikal, bukan sekadar untuk keselesaan. Dengan mengutamakan gear keselamatan, pencahayaan dan dokumentasi yang minimum tetapi berfungsi, aktiviti eksplorasi dapat dilakukan dengan lebih selamat dan beretika.
Ni video pasal apa lagi yang nak kena bawak dalam URBEX:
URBEX ni pasal meneroka. Apa korang rasa pasal suasana kat tempat tempat terbiar ni? seram sejuk kan? Bahaya ada mana-mana je dalam kawasan yang macam tu.
Kawasan runtuhan macam ni penuh dengan risiko bahaya dan keselamatan perlu sentiasa dijaga. Kalau tak, memang tkkan selamat masuk camtu je. Plan kena bijak.
kita akan bincangkan tentang jenis risiko utama dan prinsip keselamatan asas yang korang perlu jaga dan ambil perhatian untuk URBEX.
KANDUNGAN
OVERVIEW
Risiko dalam URBEX merangkumi bahaya risiko utama bersama prinsip keselamatan dan semuanya perlu diurus dengan disiplin keselamatan yang ketat. Dengan perancangan, peralatan sesuai dan sikap bertanggungjawab, banyak risiko ini boleh dikurangkan tetapi tidak pernah dihapuskan sepenuhnya. Demikianlah...
Risiko
fizikal: lantai dan bumbung reput, struktur hampir runtuh, kaca pecah,
paku, besi berkarat, kabel elektrik terdedah, bahaya tenggelam atau
banjir dan bahan kimia industri yang tertinggal. Kecederaan biasa
termasuk terjatuh dari ketinggian, kecederaan tusukan, luka dalam dan
terhidu habuk toksik seperti asbestos.
Risiko
undang-undang: URBEX selalunya melibatkan pencerobohan (trespass),
melanggar papan amaran, memasuki kawasan larangan atau terbiar (loji
tenaga, infrastruktur, dsb.) yang boleh disiasat di bawah undang‑undang
keselamatan atau anti‑pengganas. Tindakan undang‑undang boleh termasuk
amaran, denda, malah hukuman penjara jika dikaitkan dengan
pencerobohan berulangan, kerosakan, atau melanggar perintah mahkamah.
Elakkan pergi seorang diri kalau boleh: rakan boleh membantu jika berlaku
kemalangan, memantau keadaan, dan mendapatkan bantuan kecemasan. Tetapkan
“buddy system” dan kongsi lokasi dengan orang dipercayai yang tidak ikut
sekali. Kalau apa-apa kecemasan, diorang boleh tolong.
Rancang,
kaji lokasi, dan ada plan keluar: kaji sejarah tapak, jenis industri yang
pernah beroperasi, potensi bahan kimia atau ruang terkurung, dan laluan
keluar alternatif jika pintu/tingkap tertutup semula. Elakkan masuk ketika
cuaca buruk kerana hujan dan banjir meningkatkan risiko lantai licin,
struktur lemah dan ruang ditenggelami air.
“Slow,
light, test”: bergerak slow-slow, sentiasa guna lampu suluh dan uji
permukaan sebelum memijak, terutama lantai kayu, tangga lama dan bumbung.
Prinsip ini mengurangkan risiko jatuh melalui lantai reput atau dihempap
objek dari siling/bumbung.
PENUTUP
Kesimpulannya, URBEX ni aktiviti berbahaya yang memerlukan kesedaran
tinggi terhadap risiko fizikal, undang‑undang dan etika. Oleh itu, setiap
eksplorasi perlu dirancang dengan teliti, mengutamakan keselamatan dan
menghormati prinsip “take nothing but photos, leave nothing but footprints”.
Nantikan topik seterusnya dalam URBEX mengenai perlatan-peralatan pula.
Langggar peraturan? Serius? Ya benar. Peraturan yang dinyatakan dalam perbincangan sebelum ni, seperti yang dinyataka, bukannya dari buku rasmi, tapi merupakan etika URBEX umum untuk membendung pelanggaran peraturan dalam URBEX. Sebab URBEX ni kita meneroka tempart yang tersembunyi dan terbiar, orang ingat buat tu buat ni takpe. Weh, URBEX ni kalau buat benda tertentu yang tak sepatutnya, boleh dikira langgar peraturan. Buktinya bila ada tanda-tanda macam tanda fizikal, tanda paksaan dan tanda "ambil sesuatu" atau tinggal kesan.
KANDUNGAN
OVERVIEW
Beberapa petunjuk bahawa member tu dah langgar rule adalah bila tapak penerokaan tu jelas diubah, rosak (nampak baru dan bukan macam rosak ditelan zaman), atau" dibuka" dengan cara yang tak perlu (bukan lawatan biasa).
SUBTOPIK
TANDA FIZIKAL
https://shellzine.net/urbex-guide/
1. Pintu pagal diumpil, mangga dipotong dan tingkap dipecah, bukan sekadar yang sudah sedia terbukak.
2. Graffity baru, vandalisme dan dinding kena conteng.
3. Perabot, dokumen atau objek berselerak dan jelas dah dirompak.
TANDA PAKSAAN
https://nocamerabag.com/blog/urbex-rules
1. Pintu kecemasan dikopak, kunci keselamatan dipotong dan pagar keselamatan dirembah, bukan sekadar jump fence.
2. Panel elektrik dibuka, paip gas/kabel dipotong dan pemadam api disembur merata, boleh membahayakan orang lai.
TANDA TINGGAL KESAN
https://nocamerabag.com/blog/urbex-rules
1. Barang kecil hilang secara selektif (botol antik, pinggan lama, dekorasi, alat muzik, papan tanda), tanda orang ambil souvenir.
2. Sampah moden baru macam plastik makanan, tin, kotak vape/rokok, botol tag harga dsb.
3. Bekas parti atau penggunaan dadah bertimbun.
PENUTUP
Demikianlah... Dalam URBEX, hormat setiap lokasi dengan prinsip emas URBEX! iaitu ambil hanya gambar, tinggal hanya jejak, supaya tempat tu kekal asli untuk peneroka seterusnya.
Untuk topik seterusnya... saya masih belum fikir..... Tapi nantikanlah topik seterusnya! Jumpa lagi.
Dalam URBEX ni, kita tahu yang
URBEX ni tentang penerokaan tempat-tempat terbengkalai dan terbiar untuk
mencari tahu kisah dan sejarah. Terbiar dan Terbengkalai, tak bermaksud benda
boleh tu boleh diambil mudah dengan memegang kata-kat bahawa kita boleh ambil
apa saja. tak. URBEX ada rule dia.
Beginner, lagi-lagi yang first-timer nak try URBEX biasanya tak tahu pasal
peraturan dalam URBEX. Anggap bahawa benda-benda kat situ free pastu
bawak balik jadi cendera hati. Ada jugak yang buat graffity pastu claim yang
tu wilayah dia, rosakkan harta benda, buang sampah dan macam-macam lagi.
Tajuk kali seperti yang
dinyatakan sebelum ni, kita akan bincangkan pasal peraturan-peraturan dalam
URBEX. Kita ada peraturan etika utama, peraturan keselamatan dan etika
komuniti.
KANDUNGAN
OVERVIEW
Sebenarnya, dalam URBEX ni, takde pun peraturan atau buku rasmi buat rujukan. Tapi, komuniti URBEX ni dia follow kod awam yang fokus pada legality, keselamatan dan hormat pada tempat yang diorang teroka tu.
SUBTOPIK
1. PERATURAN ETIKA UTAMA
URL: shutterstock.com/search/leave-nothing
Tidak mengambil apa-apa, tidak meninggalkan apa-apa: Jangan ambik apa-apa barang, buang sampah atau graffity sebab ia akan buat pencerobohan mudah jadi pencurian berat.
Tidak pecah masuk: Guna pintu yang dah terbukak, ruang terbukak atau cermin pecah sebab pecah masuk ni adalah tidak beretika dan boleh mendatangkan masalah legal.
Hormat tapak warisan: Banyak URBEXer anggap tempat terbiar ni macam muzium tak rasmi dan tinggalakn tempat itu seperti sedia ada supaya yang lain nanti boleh rasa jugak.
Bertolak ansur pada orang tempatan, pengawal keselamatan dan polis: Tenang dan bersikap hormat boleh bagi beza besar kalau kena soal atau kena suruh keluar.
Jangan muat naik status langsung dari tapak tersebut: Setengah member URBEX akan delay bila kongsi foto atau buang data lokasi untuk kurangkan orang ramai atau vendalisme lepas lawatan.
Jangan mencari populariti: Kongsi lokasi secara publik dekat platform yang mudah viral memang tak digalakkan sebab boleh menyebabkan security jadi lagi ketat.
PENUTUP
Ok, demikianlah peraturan-peraturan yang perlu dijaga oleh orang yang nak buat URBEX ni. Benda-benda ni penting bukan untuk jaga diri je, tapi nak jaga tempat tu sendiri dan etika bila meneroka tempat yang bersejarah dan misteri ni supaya dia tak rosak dan boleh dirasai oleh orang yang nak meneroka tempat tu jugak.
Sebab kita cakap pasal peraturan dan etika URBEX tajuk seterusnya akan jadi perbincangan pasal apakah tanda-tanda sesorang itu telah melanggar etika dan peraturan URBEX. Nantikan!
URBEX…. Apa tu agaknya ya? Adakah korang pernah dengar pasal URBEX? Cakap
pasal URBEX, ramai orang yang jenis suka atau kalau boleh, nak meneroka tempat
terbiar, gelap, sunyi atau bersejarah, tapi bukan semua berani. Lepas tu!
Datang lah fenomena pelik ni, yang dipanggil URBEX.
Tapi sudah semestinya ramai yang tahu URBEX tu apa of course. Apa yang
biasa dianggap atau yang ramai tahu, benda ni cuma macam ambik gambar atau
sekadar aktiviti bahaya tanpa tujuan.
Jadi, dalam ni, saya akan bagitahu korang, apa itu URBEX. Maksud dia,
latar belakang dan kenapa aktiviti ni jadi budaya global yang diminati penggiat
fotografi, sejarawan dan pencinta misteri.
Kandungan
Overview
URBEX ni, sebenarnya singkatan bagi Urban Exploration. Ia adalah aktiviti
penerokaan Kawasan-kawasan terbiar, atau atau Kawasan yang tidak digunakan,
bawah tanah, runtuhan atau bangunan bersejarah dan mana-mana kawasan berbagunan
lama atau bandar-bandar macam tu.
Selain sejarawan yang datang untuk mencari jejak peninggalan dan bukti
sejrah, perspektif bagi orang seperti penggiat fotografi dan pencinta misteri adalah
lain dari yang lain.
Penggiat fotografi ni biasa melakukan URBEX sebab nak dapatkan gambar
yang estetik, dramatik dan bercerita secara visual. Mereka lihat tempat-tempat
macam ni sebagai kanvas seni.
Pencinta misteri pulak, diorang ni tertarik dengan suasana seram, aura
pelik, atau tempat-tempat keras. Mereka nak mengalami rasa-rasa atau vibe
sunyi, misteri atau apa yang di istilahkan sebagai “tempat yang ditinggalkan”.
Bukan mencari fakta, tapi cerita.
Subtopik
1. ASAL USUL
1.Takde titik mula rasmi berkait Urban Exploration. Sejak hujung abad
ke-18, sudah wujud minat terhadap keindahan reruntuhan atau terbengkalai. Pada
abad ke-19 dan ke-20, makin banyak cerita orang-orang teroka terowong, laluan
kereta api lama, pembentung dan bangunan kosong.
Istilah Urban Exploration biasanya kait dengan Jeff Chapman yang aktif
meneroka infrastruktur tersembunyi. Masa era 90-an, dia ni menerbitkan majalah
kecil bernama Infiltration yang mempopularkan istilah Urban Exploration yang
bertukar jadi URBEX.
2. LOKASI YANG BIASA JADI FOKUS
URBEX… cakap pasal reruntuhan, lokasi yang biasa jadi focus mestilah
macam ni kan? Tersorok, terbiar, lama, keras, kena tinggal dan macam-macam ah.
Contohnya:
I.Bangunan terbiar: rumah lama, sekolah kosong dan
hospital lama.
II.Tapak industry: kilang lama, loji air usang dan depot
kerata api.
III.Kawasan “Ghost town”: projek perumahan
terbengkalai dan pekan kecil mati.
IV.Terowong & bawah tanah: Terowong pejalan
kaki lama, bunker lama dan pembentong besar.
V.Rooftop & sudut bandar: Lorong belakan
street art, laluan sempit, bumbung bangynan parker bertingkat dan pejalan kaki
yang jarang org guna.
3. 3.TARIKAN VISUAL DAN ATMOSFERA
Suasan bila duduk dekat Kawasan ni kadang-kadang, rasa macam Tengah Lukis
suasana dalam kepala. Macam ni:
i.Kontras lama vs baru: lusuh, cat gelupas, besi
karat buat suasana Nampak macam “cinematic”.
ii.Tekstur & detail: lumut kat dinding, lantai
pecah, wayar tergantung membuatkan banyak lapisan visual untuk video atau
fotografi.
iii.Misteri dan nolstagia: menimbilkan banyak tanda
tanya. Siapa duk sini? Kena dia terbiar? Rasa nak baca cerita yang hilang.
iv.Ruang untuk imaginasi: memberikan “kanvas
kosong” untuk karyawan. Sunyi, suasana kuat dan emosi.
4.4.NILAI SEJARAH
Orang mula nampak URBEX serius bila diorang faham yang reruntuhan ni
Adalah “dokumen fizikal” Sejarah setempat. Ia macam buku Sejarah tanpa teks, ia
menyimpan cerita lama yang terkubur. Ia kadang-kadang boleh tolong menyingkap
Sejarah yang tak ada dalam buku dan ingatkan pada orang yang reruntuhan terbiar
ni ada nilai warisan.
5. 5.BUDAYA GLOBAL
URBEX sekarang bukan hobi kecil dah, tapi dah jadi budaya global dengan
komuniti antarabangsa yang sama-sama minat meneroka dan adventure. Sejak awal 2000-an URBEX berkembang dari
perkongsian dalam medsos yang mengperkenalkan estetika “ruins” atau reruntuhan.
Walaupun masing-masing berbeza dalam individu, tapi semua ada persamaan macam
tak rosakkan Lokasi, mendokumentasi, meneroka, menghayati, merasai dan
mengalami. Ia Adalah fenomena yang disatukan oleh minat terhadap ruang
tersembunyi dan Sejarah yang dilupakan.
Kesimpulan
So ringkasnya, URBEX ni pasal aktiviti meneroka ruang-ruang urban lama dan terbiar dengan
macam-macam motif masing-masing macam nam faham Sejarah, seni bina atau nak
cari cerita dan teroka benda yang tersimpan disebalik Lokasi. Bukan jalan-jalan
kosong nak ambik gambar je, tapi nak cari dan teroka benda yang hilang atau yang
dilupakan dan tidak tersebut dalam cerita.
Jadi, bagi yang nak tahu lebih lagi pasal URBEX ni, boleh follow. Nanti yang
seterusnya, saya akan bagitahu pasal perturan atau RULE dalam URBEX ni alright?
Next time.
Ni merupakan video yang detail sikit pasal pengenalan URBEX. Saksikanlah: