Isnin, 15 Disember 2025

Apa itu URBEX

  APA ITU URBEX?

 


 



URL: https://www.reverbnation.com/djriannbounce

        pendahuluan

URBEX…. Apa tu agaknya ya? Adakah korang pernah dengar pasal URBEX? Cakap pasal URBEX, ramai orang yang jenis suka atau kalau boleh, nak meneroka tempat terbiar, gelap, sunyi atau bersejarah, tapi bukan semua berani. Lepas tu! Datang lah fenomena pelik ni, yang dipanggil URBEX.

Tapi sudah semestinya ramai yang tahu URBEX tu apa of course. Apa yang biasa dianggap atau yang ramai tahu, benda ni cuma macam ambik gambar atau sekadar aktiviti bahaya tanpa tujuan.

Jadi, dalam ni, saya akan bagitahu korang, apa itu URBEX. Maksud dia, latar belakang dan kenapa aktiviti ni jadi budaya global yang diminati penggiat fotografi, sejarawan dan pencinta misteri.



 Kandungan

Overview

URBEX ni, sebenarnya singkatan bagi Urban Exploration. Ia adalah aktiviti penerokaan Kawasan-kawasan terbiar, atau atau Kawasan yang tidak digunakan, bawah tanah, runtuhan atau bangunan bersejarah dan mana-mana kawasan berbagunan lama atau bandar-bandar macam tu.

Selain sejarawan yang datang untuk mencari jejak peninggalan dan bukti sejrah, perspektif bagi orang seperti penggiat fotografi dan pencinta misteri adalah lain dari yang lain.

Penggiat fotografi ni biasa melakukan URBEX sebab nak dapatkan gambar yang estetik, dramatik dan bercerita secara visual. Mereka lihat tempat-tempat macam ni sebagai kanvas seni.

Pencinta misteri pulak, diorang ni tertarik dengan suasana seram, aura pelik, atau tempat-tempat keras. Mereka nak mengalami rasa-rasa atau vibe sunyi, misteri atau apa yang di istilahkan sebagai “tempat yang ditinggalkan”. Bukan mencari fakta, tapi cerita.


Subtopik


    1. ASAL USUL

1.      Takde titik mula rasmi berkait Urban Exploration. Sejak hujung abad ke-18, sudah wujud minat terhadap keindahan reruntuhan atau terbengkalai. Pada abad ke-19 dan ke-20, makin banyak cerita orang-orang teroka terowong, laluan kereta api lama, pembentung dan bangunan kosong.

Istilah Urban Exploration biasanya kait dengan Jeff Chapman yang aktif meneroka infrastruktur tersembunyi. Masa era 90-an, dia ni menerbitkan majalah kecil bernama Infiltration yang mempopularkan istilah Urban Exploration yang bertukar jadi URBEX.


          2. LOKASI YANG BIASA JADI FOKUS

URBEX… cakap pasal reruntuhan, lokasi yang biasa jadi focus mestilah macam ni kan? Tersorok, terbiar, lama, keras, kena tinggal dan macam-macam ah. Contohnya:

I.                    Bangunan terbiar: rumah lama, sekolah kosong dan hospital lama.



II.                  Tapak industry: kilang lama, loji air usang dan depot kerata api.



III.                Kawasan “Ghost town”: projek perumahan terbengkalai dan pekan kecil mati.



IV.               Terowong & bawah tanah: Terowong pejalan kaki lama, bunker lama dan pembentong besar.



V.                 Rooftop & sudut bandar: Lorong belakan street art, laluan sempit, bumbung bangynan parker bertingkat dan pejalan kaki yang jarang org guna.




3.              3. TARIKAN VISUAL DAN ATMOSFERA

Suasan bila duduk dekat Kawasan ni kadang-kadang, rasa macam Tengah Lukis suasana dalam kepala. Macam ni:

i.                    Kontras lama vs baru: lusuh, cat gelupas, besi karat buat suasana Nampak macam “cinematic”.

man
                                    

                  ii.                  Tekstur & detail: lumut kat dinding, lantai pecah, wayar tergantung membuatkan                                  banyak lapisan visual untuk video atau fotografi.

             

iii.                Misteri dan nolstagia: menimbilkan banyak tanda tanya. Siapa duk sini? Kena dia terbiar? Rasa nak baca cerita yang hilang.

                      

iv.                 Ruang untuk imaginasi: memberikan “kanvas kosong” untuk karyawan. Sunyi, suasana kuat dan emosi.

                      


4.              4. NILAI SEJARAH

Orang mula nampak URBEX serius bila diorang faham yang reruntuhan ni Adalah “dokumen fizikal” Sejarah setempat. Ia macam buku Sejarah tanpa teks, ia menyimpan cerita lama yang terkubur. Ia kadang-kadang boleh tolong menyingkap Sejarah yang tak ada dalam buku dan ingatkan pada orang yang reruntuhan terbiar ni ada nilai warisan.

 

5.              5. BUDAYA GLOBAL

URBEX sekarang bukan hobi kecil dah, tapi dah jadi budaya global dengan komuniti antarabangsa yang sama-sama minat meneroka dan adventure.  Sejak awal 2000-an URBEX berkembang dari perkongsian dalam medsos yang mengperkenalkan estetika “ruins” atau reruntuhan. Walaupun masing-masing berbeza dalam individu, tapi semua ada persamaan macam tak rosakkan Lokasi, mendokumentasi, meneroka, menghayati, merasai dan mengalami. Ia Adalah fenomena yang disatukan oleh minat terhadap ruang tersembunyi dan Sejarah yang dilupakan.





Kesimpulan

So ringkasnya, URBEX ni pasal aktiviti meneroka  ruang-ruang urban lama dan terbiar dengan macam-macam motif masing-masing macam nam faham Sejarah, seni bina atau nak cari cerita dan teroka benda yang tersimpan disebalik Lokasi. Bukan jalan-jalan kosong nak ambik gambar je, tapi nak cari dan teroka benda yang hilang atau yang dilupakan dan tidak tersebut dalam cerita.

Jadi, bagi yang nak tahu lebih lagi pasal URBEX ni, boleh follow. Nanti yang seterusnya, saya akan bagitahu pasal perturan atau RULE dalam URBEX ni alright? Next time.

Ni merupakan video yang detail sikit pasal pengenalan URBEX. Saksikanlah:

URL: https://youtu.be/PfIZ-NpduAE?si=fV0riJZIacP4NeZf


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Peralatan Asas Dalam URBEX

 PERALATAN URBEX URL: https://www.tempo.co/gaya-hidup/8-peralatan-dasar-yang-harus-dibawa-saat-bushcraft-seni-bertahan-hidup-di-alam-liar--4...