MELANGGAR PERATURAN URBEX?
https://educaloi.qc.ca/en/understanding-the-law/urbex-exploring-abandoned-places-without-breaking-the-law/
PENDAHULUAN
Langggar peraturan? Serius? Ya benar. Peraturan yang dinyatakan dalam perbincangan sebelum ni, seperti yang dinyataka, bukannya dari buku rasmi, tapi merupakan etika URBEX umum untuk membendung pelanggaran peraturan dalam URBEX. Sebab URBEX ni kita meneroka tempart yang tersembunyi dan terbiar, orang ingat buat tu buat ni takpe. Weh, URBEX ni kalau buat benda tertentu yang tak sepatutnya, boleh dikira langgar peraturan. Buktinya bila ada tanda-tanda macam tanda fizikal, tanda paksaan dan tanda "ambil sesuatu" atau tinggal kesan.
KANDUNGAN
OVERVIEW
Beberapa petunjuk bahawa member tu dah langgar rule adalah bila tapak penerokaan tu jelas diubah, rosak (nampak baru dan bukan macam rosak ditelan zaman), atau" dibuka" dengan cara yang tak perlu (bukan lawatan biasa).
SUBTOPIK
TANDA FIZIKAL
1. Pintu pagal diumpil, mangga dipotong dan tingkap dipecah, bukan sekadar yang sudah sedia terbukak.
2. Graffity baru, vandalisme dan dinding kena conteng.
3. Perabot, dokumen atau objek berselerak dan jelas dah dirompak.
TANDA PAKSAAN
1. Pintu kecemasan dikopak, kunci keselamatan dipotong dan pagar keselamatan dirembah, bukan sekadar jump fence.
2. Panel elektrik dibuka, paip gas/kabel dipotong dan pemadam api disembur merata, boleh membahayakan orang lai.
TANDA TINGGAL KESAN
1. Barang kecil hilang secara selektif (botol antik, pinggan lama, dekorasi, alat muzik, papan tanda), tanda orang ambil souvenir.
2. Sampah moden baru macam plastik makanan, tin, kotak vape/rokok, botol tag harga dsb.
3. Bekas parti atau penggunaan dadah bertimbun.
PENUTUP
Demikianlah... Dalam URBEX, hormat setiap lokasi dengan prinsip emas URBEX! iaitu ambil hanya gambar, tinggal hanya jejak, supaya tempat tu kekal asli untuk peneroka seterusnya.
Untuk topik seterusnya... saya masih belum fikir..... Tapi nantikanlah topik seterusnya! Jumpa lagi.
Ni video pasal pelanggaran perturan URBEX:
URL: https://youtu.be/C0IhmXlhvYw?si=hbwCmmbUQe-2ESif
Tiada ulasan:
Catat Ulasan