Rabu, 24 Disember 2025

Peraturan URBEX

 PERATURAN URBEX.

URL: https://urbexiam.com/9-urbex-rules/

PENDAHULUAN

    Dalam URBEX ni, kita tahu yang URBEX ni tentang penerokaan tempat-tempat terbengkalai dan terbiar untuk mencari tahu kisah dan sejarah. Terbiar dan Terbengkalai, tak bermaksud benda boleh tu boleh diambil mudah dengan memegang kata-kat bahawa kita boleh ambil apa saja. tak. URBEX ada rule dia.

    Beginner, lagi-lagi yang first-timer nak try URBEX biasanya tak tahu pasal peraturan dalam URBEX. Anggap bahawa benda-benda kat situ free pastu bawak balik jadi cendera hati. Ada jugak yang buat graffity pastu claim yang tu wilayah dia, rosakkan harta benda, buang sampah dan macam-macam lagi.

    Tajuk kali seperti yang dinyatakan sebelum ni, kita akan bincangkan pasal peraturan-peraturan dalam URBEX. Kita ada peraturan etika utama, peraturan keselamatan dan etika komuniti.

KANDUNGAN

OVERVIEW

Sebenarnya, dalam URBEX ni, takde pun peraturan atau buku rasmi buat rujukan. Tapi, komuniti URBEX ni dia follow kod awam yang fokus pada legality, keselamatan dan hormat pada tempat yang diorang teroka tu. 

SUBTOPIK

1. PERATURAN ETIKA UTAMA

URL: shutterstock.com/search/leave-nothing

Tidak mengambil apa-apa, tidak meninggalkan apa-apa: Jangan ambik apa-apa barang, buang sampah atau graffity sebab ia akan buat pencerobohan mudah jadi pencurian berat.
Tidak pecah masuk: Guna pintu yang dah terbukak, ruang terbukak atau cermin pecah sebab pecah masuk ni adalah tidak beretika dan boleh mendatangkan masalah legal.
Hormat tapak warisan: Banyak URBEXer anggap tempat terbiar ni  macam muzium tak rasmi  dan tinggalakn tempat itu seperti sedia ada supaya yang lain nanti boleh rasa jugak.

2. PERATURAN KESELAMATAN

URL: https://www.criminaldefenselawyer.com/resources/can-a-person-burglarize-or-trespass-abandoned-structu

Jangan meneroka berseorangan: Meneroka solo ni bahaya sebab takde orang boleh tolong kalau berdepan bahaya.
Bergerak perlahan, jangan pernah lari: Bumbung, dinding lantai kat tempat terbiar ni mudah rosak dan mungkin menyebabkan risiko runtuhan.
Kesedaran situasi berterusan: Tengok betul-betul kaki, siling dan dinding kalau ada apa-apa yang perlu dielakkan supaya tak berlaku kecelakaan.

3. ETIKA KOMUNITI

URL: https://www.ecoflow.com/us/blog/what-is-urban-exploration-and-how-do-i-start

Bertolak ansur pada orang tempatan, pengawal keselamatan dan polis: Tenang dan bersikap hormat boleh bagi beza besar kalau kena soal atau kena suruh keluar.
Jangan muat naik status langsung dari tapak tersebut: Setengah member URBEX akan delay bila kongsi foto atau buang data lokasi untuk kurangkan orang ramai atau vendalisme lepas lawatan.
Jangan mencari populariti: Kongsi lokasi secara publik dekat platform yang mudah viral memang tak digalakkan sebab boleh menyebabkan security jadi lagi ketat. 

PENUTUP

Ok, demikianlah peraturan-peraturan yang perlu dijaga oleh orang yang nak buat URBEX ni. Benda-benda ni penting bukan untuk jaga diri je, tapi nak jaga tempat tu sendiri dan etika bila meneroka tempat yang bersejarah dan misteri ni supaya dia tak rosak dan boleh dirasai oleh orang yang nak meneroka tempat tu jugak.

Sebab kita cakap pasal peraturan dan etika URBEX tajuk seterusnya akan jadi perbincangan pasal apakah tanda-tanda sesorang itu telah melanggar etika dan peraturan URBEX. Nantikan! 

Ini sedikit video berkenaan peraturan URBEX:
URL: https://youtu.be/qgkGbOJE5os?si=G_qshqQrLl63LORV





·


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Peralatan Asas Dalam URBEX

 PERALATAN URBEX URL: https://www.tempo.co/gaya-hidup/8-peralatan-dasar-yang-harus-dibawa-saat-bushcraft-seni-bertahan-hidup-di-alam-liar--4...